Difahamkan, jasad bayi berkenaan antara tujuh pusara dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan
yang diwartakan itu.Naib Pengerusi Masjid Al Syakirin Padang Sebang Rambeli Md Taha, 73,
berkata,tujuh pusara lama itu dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan kerana ia membabitkan
maruah Islam.
“Saya dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid mengambil masa hampir lapan bulan bagi memastikan
perpindahan pusara lama ini dapat dilaksanakan dengan sempurna sebelum mendapat persetujuan
daripada Mufti Melaka, baru-baru ini.
“Jika dikenal pasti dan diteliti, masih banyak lagi pusara lama tidak ditempatkan dalam kawasan
tanah perkuburan, namun ia memerlukan masa agak panjang untuk dipindahkan kerana prosedur
yang ketat ” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.-hariam metro