Siapa sangka Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
yang kerap kali muncul di kaca televisyen dalam dan luar negara selepas
menjadi tonggak hadapan dalam menangani krisis kehilangan pesawat MH370
mendapat perhatian umum. Ada yang memberi pandangan positif dan tidak
kurang juga yang mengkritik.
Akan tetapi apa yang kami ingin kongsikan adalah surat daripada seorang
peminat cilik dari negara Perancis buat Datuk Seri Hishamuddin yang begitu
mengagumi semangat dan keterampilan beliau menangani isu MH370 dengan
tenang dan dedikasi.
Victor Lopez yang berusia 15 tahun merupakan seorang pelajar di Perancis telah
meluahkan rasa kagumnya terhadap personaliti dan tindak tanduk Datuk Seri
Hishammudin dan yang menariknya, Datuk Seri telah menghantar surat balas
kepada pelajar bertuah itu. Beliau telah menjawab surat itu dengan mengucap
terima kasih kerana sudi menulis dan menasihati Victor untuk belajar dengan
bersungguh-sungguh. Agaknya mungkin Datuk Seri tidak sangka mempunyai
peminat yang begitu ramai.
Apa pun, kami mengucapkan syabas buat negara yang bagi kami agak berjaya
menangani krisis getir ini dengan tabah. Walaupun telah diasak pelbagai
persepsi negatif terutamanya daripada warga China, kita tetap melayan mereka
dengan penuh berhemah.
-wanista