Kes yang pertama terjadi pada 25 September pada tahun itu dimana sebuahpesawat Panair do Brasil Sikorsky S-38 dirampas oleh tiga lelaki yang dikaitkan dengan Peristiwa Revolusi Constitutionalist di São Paulo dan ia dianggap sebagairampasan pertama yang berlaku di Brazil. Walau bagaimanapun, pesawat itu terhempas di São João de Meriti dan membunuh semua yang berada di dalamkapal terbang berkenaan.Kebanyakan perampas pesawat ingin menggunakan penumpang sebagai tebusan,sama ada untuk tebusan dari segi kewangan atau untuk berunding mengenaikonsesi politik/pentadbiran dengan pihak berkuasa.1. 31 Oktober 1969Pesawat Trans World Airlines TWA Flight 85 yang dalam perjalanan dari LosAngeles ke San Francisco telah dirampas oleh anggota tentera Marin ASberusia 19 tahun, Raffaele Minichiello. Semua penumpang, termasuk band Harper’s Bizarre, dan tiga pramugari telah dibebaskan di Denver. Perampas, juruterbang dan pramugari terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York, di mana dua juruterbang telah ditambah untuk pener-bangan menuju ke luar negara.Semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy , New York,pihak FBI cuba menghalang Minichiello dengan menempatkan ejennya dise-keliling kapal terbang dengan harapan untuk menakut-nakutkan Minichiello.Minichiello bertindak dengan menembak ke arah fiuslaj kapal terbang. Pesawat itu kemudiannya terpaksa dibenarkan berlepas ke Rom, melalui Bangor, Maine, dan Shannon, Ireland. Di Rom, Minichiello menjadikan ketua polis lapangan terbang sebagai tebusan dan cuba untuk melepaskan diri menaiki kereta, tetapi telah ditangkap tidak lama selepas itu. Minichiello merampaskapal terbang itu dengan bertujuan untuk melawat bapa yang tenat di Itali. Itali tidak mengekstradisi Minichiello dan beliau hanya dipenjara selama 18 bulan. Dengan jarak 6900 batu, ini adalah rampasan yang paling lama dalam sejarah.2. 6 September 1970 ( Dawson’s Field Hijackings )Anggota militan daripada Barisan Popular Pembebasan Palestin ( Popular Front for the Liberation of Palestine / PFLP ) merampas 4 pesawat yang menuju Amerika Syarikat dari Eropah. Penerbangan Trans World Airlines741 dari Frankfurt ( Pesawat Boeing 707 dengan 149 penumpang dan anakkapal ) dan pesawat Swissair 100 dari Zurich (Douglas DC-8 dengan 155 orang ), kedua-dua menuju ke New York, telah dialihkan laluannya ke bekas pangkalan British Royal Air, di padang pasir Dawson Field. Penumpang dan anak kapal ditahan sebagai tebusan .Pesawat PanAmerican 93, Boeing 747 dari Amsterdam ke New York dengan 173 penumpang dan anak kapal, dirampas dan laluannya kemudian dialihkanke Kaherah, di mana militan PFLP telah meletupkan pesawat selepasmenurunkan semua penumpang. Rampasan seterusnya pula gagal. Penerbangan El Al Israel Airlines 219, juga dari Amsterdam ke New York, adalah merupakan kapal terbang jenis Boeing 707 dengan 142 orang di atas kapal.Apabila seorang doktor Nicaragua-Amerika Patrick Arguello dan seorang warga Palestin Leila Khaled cuba untuk merampaspesawat itu , seorang marshal udara Israel dan penumpang melawandan membunuh Arguello. Pesawat itu mendarat di London, di mana Khaled ditangkap.Rakyat Palestin menuntut pertukaran pembebasan rakan militan yang ditahan di Switzerland , Jerman dan Inggeris, termasuk LeilaKhaled. Tebusan terakhir dibebaskan dalam pertukaran tujuh tahanan Palestin.3. 2 Julai 1971 ( Braniff Flight 14 )Pesawat Braniff Flight 14,iaitu jenis Boeing 707 terbang dari Acapulco, Mexico ke New York ,Amerika dengan 102 pen-umpang dan 8 anak kapal,telah dirampas semasa berhenti mengisibahan api di San Antonio, Texas. Rampasan ini berlangsung selama 43 jam dan berlanjutan dari Texas , Mexico , Peru , Brazil dan berakhir di Argentina. Selepas berhenti mengisi minyak di Monterrey , perampas memb-ebaskan atendan penerbangan Jeanette Eatman Crepps , Iris KayWilliams dan Anita Bankert Mayer dan semua penumpang. Baki anak kapal termasuk Kapten Dale Bessant , Bill Wallace, Phillip Wray dan atendan penerbangan Ernestina Garcia dan Margaret Susan Harris meneruskan penerbangan ke Lima.Perampas yang merupakan seorang pembelot Tentera Laut AmerikaSyarikat yang bernama Robert Jackson dan rakan wanita warganegara Guatemala menuntut wang tebusan sebanyak $ 100,000 dan mahumeneruskan penerbangan ke Algeria. Krew Bessant dikeluarkan,satu demi satu, dan digantikan dengan anak-anak kapal sukarelawaniaitu Kapten Al Schroeder, Bill Mizell , Bob Williams dan NavigaterKen McWhorter. Dua pekerja penerbangan di Lima iaitu Delia Arizola dan Clorinda Ontaneda menawarkan diri untuk menaiki penerbangan. Clorinda telah menghadiri kelas di kolej , sesuatu yang dilakukan secara tetap semasa hari dia bercuti daripada tugas di awan biru . Delia telah bersara selama 6 bulan tetapi masih menawarkan perkhidmatannya jika perlu. Pesawat itu berlepas ke Rio dan dirancang untuk mengisi minyak tetapi perampas memaksa untuk terus ke Buenos Aires. Penerbangan yang panjang dan meletihan itu telah menyebabkan perampas menyerah diri.Ia merupakan satu rekod bagi rampasan jarak jauh iaitu lebih 7,500 batu.4. 28 Januari 1972 ( TWA Flight 2 )Pesawat TWA Flight 2 dari Los Angeles ke New York, telah dirampas...