Penagih dadah yang cuba menyerang ibunya sendiri mengalami kecederaan
yang teruk selepas tertoreh pisau semasa bergelut dengan adiknya yang
bertindak cuba mempertahankan ibunya dalam kejadian di kediaman
mereka di Kampung Padang Lalang, Felda Neram 1, Air Putih,
Kemaman semalam.
Penganggur berusia 31 tahun itu dipercayai mengamuk setelah permintaan-
nya untukmendapatkan wang dari ibunya berjumlah RM13 tidak dipenuhi.
Melihat abangnya cuba memukul ibu, adik yang berusia 21 tahun yang juga
seorang pelajar IPTKuantan cuba melindungi ibunya.
Si abang yang dipercayai seorang penagih dah mengalami kecederaan
apabila terkena pisauyang dipegang oleh adiknya dan mengakibatkan pen-
darahan yang teruk seperti dalam gambar. Lelaki berkenaan yang lemah dan
longlai kemudiannya dikejarkan segera ke Hospital Tengku.