SETIAP manusia yang hidup, pasti mengimpikan mempunyai pasangan.Lebih ebih lagi bagi kaum Hawa, tiada apa lagi yang diinginkan selain mempunyai satu keluarga yang sempurna,begitu jugalah yang dirasai oleh aktres tinggi lampai, Julia Ziegler tatkala diasak mengenai kehidupan peribadinya kini.Akui Julia, apatah lagi dalam usia yang menginjak ke angka 30,tidak lamalagi,dia memang berharapkan untuk mendirikan rumah tangga secepat mungkin.“Tipulah kalau saya kata tiada keinginan untuk berkahwin. Bahkan kawankawan,keluarga dan wartawan sendiri selalu bertanya bila saya mahu mendirikan rumah tangga.“Tapi sebagai wanita apalah yang boleh saya buat. Takkan saya pula yang kena melamar lelaki tersebut, “ katanya kepada media,baru-baru ini.Ditebak soal pasangan,akui pemilik nama sebenar,Julia Bob Fauzi Ziegler ini,dia kini sedang menjalinkan hubungan yang serius dengan sahabat lamanya sendiri.“Kami dah bercinta lebih kurang setahun. Tapi sebenarnya saya dah kenal dia lama sebelum saya masuk industri lagi. Kiranya, dia bukan nak saya sebab saya glamor atau saya artis. Saya nampak keikhlasan dan sangat mengenali sikap dia.“Namun buat masa ini, biarlah kami berkawan dahulu dan tak perlulah saya perkenalkan dia kepada umum. Saya tak mahulah nampak beria ia sangat,kerana andai hubungan itu tidak menjadi nanti, yang ia akan memalukan saya dan keluarga juga."Saya berharap semua pihak doakanlah yang terbaik untuk saya,” ujarnya.Masih aktifBerkongsi perkembangan terbaharunya, Julia berkata, dia kini kembali aktif di pentas peragaan dan akan muncul dalam filem berjudul ‘Aku...