Google hari ini mengumumkan laman YouTube yang memaparkan video “Gangnam Style”
nyanyian penyanyi rap Korea Selatan, Psy meraih lebih AS$8 juta menerusi pendapatan iklan.
Ketua Pegawai Perniagaan Google, Nikesh Arora mendedahkan angka itu ketika membincangkan
potensi pendapatan YouTube untuk suku pertama tahun ini bersama penganalisis kewangan.
Pendapatan iklan dari video popular YouTube dikongsi bersama dengan pencipta kandungan
video berkenaan.
Pada Disember, “Gangnam Style” menjadi video pertama yang mencecah satu bilion penonton
di YouTube, meanadakan satu peristiwa bersejarah dalam dunia alam maya.
Berdasarkan rekod, video itu ditonton lebih 1.23 bilion penonton sejak ia dimuat naik pada