Tun Dr Mahathir Mohamad hairan mengapa penerbangan MH370 masih
gagal dikesan walaupun kuasa-kuasa besar membantu dan menggunakan
teknologi mereka.
Bekas perdana menteri itu berkata, teknologi secanggih itu mampu mengesan
pergerakan sekecil manusia walau di mana mereka berada.“Saya melihat
perkembangan ini (misi mencari dan menyelamat) amat aneh kerana dalam
dunia yang serba moden dan canggih dengan pelbagai teknologi, kita masih
gagal mengesan pesawat yang besar.
“Padahal dengan teknologi sama kita boleh mengesan manusia walaupun ia
berdiri di tepi jalan,” kata Dr Mahathir dipetik berkata dalam akhbar Berita
Harian.“Saya amat sedih dengan kejadian yang berlaku. Saya memahami
perasaan sedih yang dihadapi oleh keluarga kerana sampai hari ini kita
belum tahu nasibpenumpang dan kru,” katanya.
Dr Mahathir berkata, jika pesawat terhempas tidak kira di laut atau di darat,
sudah pasti serpihan mampu dikesan oleh kuasa-kuasa besar kerana mereka
mempunyai teknologi statelit canggih. Hari ini masuk hari ke-11, operasi
misi dan menyelamat dilakukan untuk mencari pesawat yang terbang dari
Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac dengan 239 penumpang dan anak kapal.
Malaysia sudah menghantar nota diplomatik kepada 14 negara untuk meminta
bantuan bagi misi mencari dan menyelamat selain radar dan satelit maklumat
Perisikan. Sehingga kini, 26 negara sudah terlibat dalam membantu Malaysia
untuk mencari pesawat Boeing 777 – 200ER tersebut.
Misi mencari dan menyelamat pesawat hilang itu berterusan hari ini, 240 jam
selepas ia hilang. Malaysian Insider