SPEKULASI demi spekulasi yang mengaitkan juruterbang Kapten Zaharie Ahmad
Shah dengan kehilangan pesawat MH370 sejak 11 hari lalu nyata menguris hati
ahli keluarganya.Memetik laporan Mirror, anak perempuannya, Aishah Zaharie
memberitahu rakannya bahawa ia seakan-akan “membunuh keluarganya”.
Gadis yang menetap di Australia sejak 2010 itu telah kembali pulang ke
Malaysia untuk bersama-sama keluarganya di sini.
“Perkara yang ditulis oleh media antarabangsa tentang Zaharie adalah tidak
tepatdan tidak masuk akal. Dia seorang lelaki yang baik dan ayah yang
penyayang kepada anak-anaknya,” ujar sumber tersebut.
Sebelum ini, beberapa media barat membuat andaian bahawa kecenderungan
politik juruterbang itu mungkin ada kaitan dengan kehilangan pesawat itu.