Ketika misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 masuk hari ke-10
dengan hanya beberapa petunjuk mengenai di mana ia mungkin berada,
akhbarNew Straits Times hari ini berkata Boeing 777-200ER turun 5,000
kaki (1,500m) untuk mengelak dikesan radar komersial.
Dalam berita eksklusif, akhbar itu berkata, penyiasat yang menganalisis
datapenerbangan MH370 mendedahkan pesawat seberat 200 tan itu turun
1,500m atau lebih bawah lagi untuk mengelak liputan radar komersial
(sekunder) selepasia berpatah balik dari laluan asal penerbangan menuju
ke Beijing.
Pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER (9M-MRO) hilang pada 8
Mac dengan membawa 239 penumpang. Pihak berkuasa pada Sabtu berkata,
Pesawat itu sengaja dilencongkan daripada laluan sebenarnya dan peralatan
transmisi di atas pesawat dipadam untuk elak dikesan.
Komunikasi terakhirnya ialah pada 8.11 pagi di utara Selat Melaka.Penyiasat
Yang mengkaji data penerbangan MH370 berkata pesawat itu terbang rendah
dan menggunakan kawasan terlindung (terrain masking) ketika ia terbang
merentasi Teluk Bengal dan menuju utara ke arah daratan, lapor NST.
Pegawai, yang membentuk pasukan teknikal, melihat kepada kemungkinan
sesiapajuga yang mengendalikan pesawat pada masa itu mengambil kesempatan
terhadap kesibukan laluan udara merentasi Teluk Bengal dan tersekat kepada
laluan komersial untuk mengelak disyaki oleh radar utama (tentera), kata
akhbar itu.
“Individu yang mengawal pesawat itu mempunyai pengetahuan kukuh
mengenaiavionic dan navigasi dan meninggalkan jejak yang bersih. Ia melepasi
Kelantan,ia adalah benar,” kata NST memetik kenyataan pegawai yang enggan
dikenali.
“Terrain masking” merujuk kepada kebolehan meletakkan pesawat supaya
alamsemula jadi bumi menyembunyikannya daripada gelombang radio yang
Dihantar daripada sistem radar. Ia adalah teknik yang biasanya digunakan
Dalam pertempuran di mana juruterbang tentera akan terbang sangat rendah
dikawasan berbukit atau pergunungan untuk melindungi kedatangan mereka.
Pakar berkata, menerbangkan Beoing 777 dengan cara itu adalah berbahaya
kepada kerangka pesawat udara dan boleh menyebabkan mereka di dalam
pesawat pening dan mengalami disorientasi spatial.Pesawat MH370 diang-
Garkan terbang selama lapan jam dan pihak berkuasa percaya ia terbang
merentasi dua negara lain selain Malaysia, tetapi tidak jelas negara yang
mana.
Pada Sabtu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pencarian
MH370 kini diluaskan ke kawasan antara Thailand hingga Kazakhstan dan
Turkmenistan di utara dan Indonesia di selatan.
Pencarian di kawasan baru dilancarkan selepas data satelit mendapati
pesawat ituberada di salah satu daripada dua koridor: di utara ialah kawasan
menjangkau dariutara Thailand ke Kazakhstan, atau di selatan, dari Indonesia
ke selatan Lautan Hindi.
NST memetik sumber sebagai berkata, siasatan kini fokus kepada lapangan
terbangyang tidak digunakan lagi tetapi dilengkapi landasan panjang yang
mampu mengendalikan pesawat besar seperti Boeing 777.
Putrajaya memberikan taklimat kepada wakil negara daripada hampir 24
negaradan meminta bantuan antarabangsa dalam mencari pesawat itu.
“Kawasan Mencari diperluaskan,” kata pemangku Menteri Pengangkutan,
Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, semalam.
“Daripada fokus utama kepada laut cetek, kita kini melihat kepada kawasan
Daratan lebih luas, merentasi 11 negara, termasuk kawasan laut dalam dan
terpencil,” katanya.Siasatan juga fokus kepada latar belakang dua juruterbang,
anak kapal dan kakitangan lapangan yang bekerja di pesawat yang hilang itu.
Pada Sabtu, pegawai Cawangan Khas menggeledah rumah Kapten Zaharie
AhmadShah, 53, dan Pegawai Pertama Fariq Abdul Hamid, 27.Hari ini,
Reuters melaporkan kata-kata terakhir dari kokpit MH370 – “all right,
good night” (baiklah, selamat malam) diucapkan oleh seseorang dalam
pesawat yang sudah mula memadamkan satu daripada sistem pengesan
automatik pesawat.
Katanya, kedua-dua tempoh masa dan frasa yang tidak formal, diucapkan
kepadapengawal trafik udara ketika pesawat meninggalkan ruang udara
Malaysia boleh menambahkan lagi syak wasangka MH370 dirampas atau
sabotaj.
Hishammuddin semalam berkata, rakam keluar itu adalah selepas salah satu
Sistem komunikasi data pesawat, yang boleh menyebabkan ia tidak dikesan
liputan radar,dipadamkan secara sengaja.
“Jawapan kepada soalan anda ialah ya, ia ditutup sebelum,” katanya kepada
Media ketika ditanya jika sistem ACARS – penyelenggaraan komputer yang
Menghantar balik data status pesawat-dinyahaktifkan sebelum suara rakam
keluar.
Pemeriksaan latar belakang pesawat tidak memberi maklumat berguna
tetapi tidak semua negara yang mempunyai rakyatnya dalam pesawat itu sudah
memberi maklum balas terhadap permintaan informasi rakyat mereka, kata
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.Mynewshub