“Baru kena ugut tampar sudah panik, inikan pula mahu mempelekeh-
kan WanAzizah yang sudah hidup susah dan kenal makna sebenar keadilan,”
kata DatukSeri Anwar Ibrahim.Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin
Abu Bakar tidak layak berbuat demikian sehinggalah beliau sendiri men-
genali erti keadilan dan belajarcara hidup susah tanpa bergantung kepada
kemewahan keluarga, kata Anwar dipetik Sinar Harian.
“Khairy… Jangan cakap sombong, kamu belajar dulu hidup susah dulu dan
cakapbanyak.“Kalau salah, hukum tak apa, 16 tahun setiap hari dimalukan,
sejak 1998 saya setengah mati kena pukul, jangan sombong, ini hari ini kamu
menteri, esok belum tentu lagi,” kata beliau dalam ceramah di Kampung Baru
Sungai Chua malam tadi.
Anwar mengulas kenyataan Khairy yang menggelar Presiden PKR sebagai
bonekakerana terpaksa menjadi calon bidang terjun di PRK N25 Kajang.Wan
Azizah merupakan pelajar cemerlang yang dianugerahkan pingat emas sewaktu
melanjutkan pelajaran diluar negara dalam jurusan kedoktoran tanpa sebarang
bantuan dan pengaruh keluarganya, pertahan Anwar.
“Masa Wan Azizah belajar di Royal College of Surgeons Ireland, dia adalah
Salah seorang daripada ‘top student’, bukan sebab kouta atau bapa dia kaya
dan menteri.“Bila saya masuk penjara, dia ambil alih tanggungjawab
(tuntut keadilan),” Kata Anwar lagi, lapor Sinar Harian.