Aktor terkenal, Tom Cruise, menolak peluang mencuba kemahirannya menari Gangnam Style
semalam, walaupun dia menjadi tokoh idaman paling utama pencipta fenomena itu.
Tahun lalu, penyanyi rap Korea Selatan, PSY (yang mencipta tarian Gangnam Style) berkata,
individu paling diingini untuk menari Gangnam Style ialah Cruise.
Hero filem Mission Impossible itu berada di Seoul untuk mempromosi filem terbarunya, Jack
Reacher, dan sempat memuji PSY sebagai artis yang “agak sensasi.” Namun, Cruise enggan
mencontohi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon, dengan
meniru aksi tarian Gangnam Style. Kata Cruise, PSY mampu melakukan tarian menunggang
kuda itu jauh lebih baik berbanding dirinya.
“Saya gembira dengan kejayaannya dan semua orang suka,” katanya.Jack Reacher mula ditayangkan di Korea Selatan minggu depan.sumber