Sebentuk virus kuno kembali hidup selepas tertidur selama 30,000 tahundemikian disampaikan para
saintis .Mulanya virus tersebut ditemui dalam keadaan beku pada lapisan paling dataran Siberia tetapi
ternyata virus tersebut mampu menjangkiti lagi .
Saintis Perancis mengatakan , penularan virus itu tak berbahaya bagi manusia atau haiwan , tetapi virus
lain boleh bertukar menjadi ganas apabila lapisan tanahnya terbuka .
Hasil penyelidikan ini disiarkan di Academy Sains Nasional ( APP ), Inggeris .Professor Jean - Michel
Claverie , dari Pusat Penyelidikan Sains ( CNRS ) di Universiti Aix - Marseille di Perancis , mengatakan, "
Ini adalah kali pertama kami melihat virus yang masih mampu menjangkiti selepas begitu lama tidak aktif .
"virus terbesar Patogen kuno ini ditemui terkubur di sedalam 30 meter di bawah dataran yang membeku ,
dan disebut Pithovirus sibericum , termasuk dalam kelasvirus besar yang ditemui 10 tahun lalu .Bentuk-
nya sangat besar , tak seperti virus lain , virus ini dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop danan ,
virus ini mempunyai panjang 1.5 mikrometer , terbesar yang pernah ditemui .
Pada kali terakhir Virus ini dikesan masih boleh menjangkiti walaupun lebih daripada 30,000 tahun , tetapi
di makmal virus ini mula aktif kembali dalam ujian yang dilakukan virus tersebut menyerang amoeba, yang
merupakan organisma sel tunggal , tetapi tidak menjangkiti manusia atau haiwan lain .
Salah seorang penyelidik Dr Chantal Abergel , juga dari CNRS , berkata, " Virus tersebut masuk ke sel,
kemudian berkembang dan membunuh amoeba , tetapi tidak akan menjangkiti sel manusia . "Bagaimana-
pun, para penyelidik yakin bahawa patogen yang mematikan kemungkinan terperangkap di dataran beku
Siberia.