Juruterbang dan pembantu juruterbang penerbangan Malaysia Airlines
MH370 seharusnya menjadi tumpuan siasatan sejak hari pertama, kata
anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) daripada parti Republikan, Peter
T King kepada ABC News.
Menurut King yang juga merupakan anggota Jawatankuasa Keselamatan
DalamNegeri bagi Kongres AS, beliau kecewa dengan cara kerajaan Malaysia
menguruskan misi mencari dan menyelamat pesawat membawa 239
penumpang dan anak kapal yang hilang pada 8 Mac semasa dalam
perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
“Faktanya, FBI tidak dijemput untuk membantu. Dan anda tahu seharusnya
juruterbang dan pembantu juruterbang menjadi tumpuan sejak dari mula,”
kata King dalam rancangan “This Week” di ABC News awal pagi ini.
“Itu akan menjadi prosedur penyiasatan penguatkuasaan undang-undang
Biasa. FBI boleh dipanggil untuk membantu, Interpol boleh dipanggil,
agensi-agensi perisikan kita,” katanya.
Bagaimanapun setakat ini, katanya, masih belum ada indikasi yang menun-
Jukkan kehilangan pesawat MH370 itu berkaitan dengan aktiviti terrorisme.
“Setakat ini masih belum ada indikasi ia merupakan terrorisme. Tidak
bermakna ia tidak akan tetapi setakat ini masih belum ada petanda
dijumpai komuniti perisikan sejak hari pertama,” kata King yang
mempengerusikan Jawatankuasa Kecil Pencegahan Keganasan dan
Perisikan bagi Kongres AS kepada ABC News.
King berkata, beliau difahamkan pihak berkuasa Malaysia tidak memberikan
kerjasama yang baik dan keberatan untuk berkongsi maklumat dengan negara-
negara yang membantu misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia
Airlines itu.
King turut menyatakan keraguan bagaimana dua warga Iran yang menaiki
Pesawat tersebut dengan pasport curi tidak disyaki dan dilepaskan daripada
Pemeriksaan keselamatan dengan cepat.“Maksud saya bagaimana mereka dapat
menaiki pesawat tersebut untuk mencari suaka? Faktanya, mudah bagi mereka
untuk menaiki pesawat dengan pasport curi,” katanya kepada ABC News.
Dua lelaki Iran yang dikenal pasti sebagai Pouri Nourmohammadi, 19, dan
Delavar Seyed Mohammad Reza, 29, dikatakan menggunakan pasport curi
dan menaiki pesawat MH370 untuk ke Eropah.
Pouri menggunakan pasport Austria untuk ke Jerman bagi bertemu ibunya
Manakala Delavar Seyed pula menggunakan pasport Itali yang dilapor dicuri,
manakala tiket penerbangan mereka dibeli dari sebuah agensi pelancongan di
Thailand.Kedua-dua lelaki itu meninggalkan Iran pada 22 Februari mengguna-
kan pasport negara itu.
Duta Iran ke Malaysia, Mohammad Jalal Firouznia mengesahkan kedua-dua
lelaki itu memperoleh visa daripada Kedutaan Malaysia di Tehran dan mereka
tiba ke negara ini menerusi penerbangan dari Doha, Qatar.Semalam, Pemangku
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengesahkan
juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya Fariq Abdul Hamid
tidak meminta untuk penerbangan bersama ke Beijing.
Beliau yang juga menteri pertahanan bagaimanapun berkata, polis menggeledah
rumah juruterbang yang mempunyai simulator penerbangan dan rumah
pembantu juruterbang itu pada Sabtu.Hishammuddin berkata, Malaysia
sentiasa berkerjasama dengan agensi penguatkuasa antarabangsa sejak hari
pertama sekali gus menafikan laporan media antarabangsa yang mengatakan
kerajaan menolak bantuan polis antarabangsa Interpol untuk mengesan lokasi
pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu.
Semalam, ABC News melaporkan Malaysia berkali-kali menolak bantuan Interpol
untuk mencari pesawat MH370.Bercakap kepada ABC News di AS, seorang
pegawaiyang tidak mahu dinamakan itu menuduh kerajaan Malaysia menyem-
bunyikanmaklumat dan menolak tawaran Interpol untuk membantu.
“Ini merupakan taktik lama sebelum tragedi 9/11: Sembunyikan maklumat,
jangankongsi dengan sesiapa,” kata pegawai tersebut seperti dilaporkan ABC
News dilaman sesawangnya merujuk kepada tragedi 11 September 2001 satu
ketika dahulu.The Malaysian Insider