Agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) masih belum dapat mewujudkan
sebarangperkaitan kumpulan penggnas antara kapten kapl MH370 dan
Pembantunya sehingga kini. Namun, sebahagian pegawai kanan persikan
negara itu beranggapan,pihak yang merampas kapal itu melarikannya ke
lokasi yang tidak diketahui mungkin mahu menggunakannya untuk
rancangan masa akan datang.
Mereka beranggapan, tindakan melarikan MH370 adalah ‘dry run’ atau
percubaan awal untuk serangan pengganas di masa hadapan.“Ia lebih kepada
usaha untuk melihat apakah kapal boleh dilarikan dan disorokkan daripada
radar,” kata salah seorang pegawai berkenaan kepada media di negara itu.
Menurutnya, kenyataan itu tidak boleh ditolak kerana wujud bukti yang
cukup bahawa kapal berkenaan terus terbang selama beberapa jam selepas
dari waktu ia dilaporkan hilang. MH370 dengan ratusan penumpang
serta anak kapal hilang dari radar awam pada 8 Mac lalu.
Sabtu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan
bahawa semua sistem komunikasi kapal itu telah dimatikan dengan sengaja
dan dilencongkan dengan niat ke lokasi baru yang sedang disiasat.Beliau
bagiamanapun tidak menggunakan istilah ia dirampas.Mynewshub.my