Polis mengesahkan seorang daripada penumpang yang menaiki pesawat
MH370 dengan menggunakan pasport palsu adalah warga Iran yang ber-
cadang untuk berhijrah ke Jerman, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid
Abu Bakar.
Beliau mendedahkan identiti lelaki itu sebagai Pouria Nour Mohammad
Mehrdad, 19 tahun.
“Kita telah semak latar belakangnya. Kita juga telah semak profilnya dengan
pihak polis di negara lain dan kita percaya dia tidak mungkin anggota mana-
mana kumpulan pengganas,” kata Khalid.
Pouria Nour menggunakan pasport Austria milik Christian Kozel yang disahkan
dicuri di Phuket, Thailand.Pengumuman Khalid ini selari dengan penemuan
siasatan polis di Thailand yang mendapati dua penumpang MH370 dengan
pasport curi itu mungkin pelarian yang mencari suaka.
Ia berdasarkan kepada tempahan tiket harga paling murah dan laluan transit
di Beijing dan Amsterdam sebelum menuju destinasi akhir. Seorang penumpang
menempah destinasi akhir ke Copenhagen, Denmark manakala seorang lagi
ke Frankfurt, Jerman.
Mereka dibantu oleh dua warga Iran yang menguruskan tempahan tiket
daripada sebuah agensi pelancongan yang sudah dilanggani oleh orang
tengah itu sejak tiga tahun lalu.
“Berdasarkan kepada tempahan tiket saja, sekiranya keganasan, mereka
tentunya mengkhususkan laluan dan pesawat yang hendak dinaiki,” kata
Ketua Polis Pattaya, Supachai Puikaewcome seperti dipetik oleh Reuters
pada Selasa. -Mynewshub
Papar Gambar Wajah Sama Di Pasport
Kedua-dua individu yang didapati menggunakan pasport palsu milik warga
Austria dan Itali didapati memberikan dokumen perjalanan yang memiliki
gambar yang serupa dengan pembawanya.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat berkata
kesemua prosedur operasi standard pemeriksaan pasport telah pun diikuti
dalam pemeriksaan pasport kedua-dua individu berkenaan.
Beliau berkata selepas berpuas hati dengan gambar dan pemeriksaan yang
betul serta mematuhi peraturan barulah dua individu berkenaan dibenarkan
menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
“Individu pertama tiba di Malaysia pada 28 Februari dan diberikan visa
lawatan sosial yang membolehkan dia tinggal di negara ini selama 90 hari
dan kemudiannya meninggalkan negara ini pada 8 Mac lepas dengan
menaiki pesawat MH370.
“Individu berkenaan memberikan pasport dan pas masuk (boarding pass)
untuk menaiki pesawat berkenaan, selepas diperiksa visa lawatan sosial masih
lagi belum tamat tempoh dia diberikan kebenaran meneruskan perjalanan,”
kata Aloyah dalam sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara Tan
Sri Khalid Abu Bakar.
Selain itu, Aloyah berkata suspek berkenaan telah direkodkan butiran bio-
metriknya ketika tiba di Malaysia dan ketika mereka berlepas rekod bio-
metrik dan pasport yang diberi selari dan mengikut keperluan imigresen.
-Mynewshub