Penggunaan pasport curi oleh dua penumpang pesawat MH370 milik pener-
bangan Malaysia menunjukkan ketidakpekaan negara-negara di dunia ini
untuk menggunakan pangkalan data Polis Antarabangsa (Interpol) dalam
memeriksa seseorang individu sebelum meninggalkan sesebuah
negara.
Memetik laporan Associated Press dari media Kanada, CTV News, Setiausaha
Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata meskipun Interpol telah berkali-
berkali mengingatkan mengenai kes-kes berkaitan penipuan pasport ini,
masih lagi terdapat ramai orang yang mampu menaiki pesawat dan terbang
beberapa kali menggunakan pasport dan dokumen pengenalan diri yang
dicuri itu.
“Adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa terdapat kaitan
antara pasport yang dicuri ini dengan misteri kehilangan pesawat tersebut
namun yang jelas disini adalah kebimbangan mengenai individu yang mampu
terbang ke mana-mana destinasi menggunakan pasport curi yang telah di-
senaraikan dalam pangkalan data Interpol,” kata Ronald.
Di sebalik kritikannya itu, agensi yang beribu pejabat di Lyon, Perancis itu
memberitahu bahawa mereka kini sedang menyiasat dan memeriksa individu
sebenar yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat Boeing
777-200 yang hilang pada Sabtu lalu, sejam selepas ianya berlepas dari
Kuala Lumpur menuju ke Beijing.
Kecurian pasport milik seorang warga Austria dan Itali pada tahun 2012 dan
tahun lalu di Thailand telah dilaporkan dan datanya telah pun berada dalam
pangkalan maklumat namun, tiada pemeriksaan terhadap pasport curi itu di-
lakukan oleh “mana-mana negara” sebelum penerbangan tersebut.
“Namun begitu, terdapat negara-negara yang secara sistematik menggunakan
pangkalan data agensi polis itu untuk memeriksa sama ada pasport yang di-
gunakan oleh mana-mana individu sebelum masuk atau meninggalkan
sesebuah negara,”.
Dalam satu temubual bersama Associated Press pada Januari 2010,
Noble pernah mengingatkan ketika itu bahawa “ancaman terbesar di d
unia” ialah, separuh billion ketibaan individu dari pelbagai penerbangan
dunia menggunakan dokumen perjalanan yang tidak sah atau dicuri.
Ada beberapa negara yang telah mula sedar dengan ancaman seperti ini.
“Pada tahun 2006 sahaja, pihak berkuasa Amerika Syarikat telah membuat
2,000 kali saringan individu yang tiba di negara itu menggunakan pangkalan
data Interpol dan telah merekodkan 78 juta kali saringan untuk tiga tahun
kemudiannya,”.
Bertahun-tahun, Interpol mempersoalkan mengapa negara-negara di dunia
ini perlu menanti sesuatu tragedi berlaku untuk mengetatkan soal keselamatan
di pintu masuk sempadan negara atau juga lapangan-lapangan terbang.
“Sekarang pula kita berhadapan dengan satu keadaan dimana seluruh negara
mengandaikan bahawa pemegang pasport curi itu ialah pengganas walhal
dalam hal sebenar, kita mempersoalkan pula kenapa hanya beberapa negara
sahaja yang begitu mengambil berat terhadap soal keselamatan terutamanya
pemegang pasport curi yang seharusnya tidak dibenarkan menaiki mana-
mana pesawat untuk terbang ke destinasi mereka,”.
Noble berharap bahawa kerajaan dan mana-mana juga syarikat pengendali
penerbangan dapat belajar dari kejadian kehilangan pesawat MH370 ini dan
mula meneliti pasport penumpang-penumpang pesawat sebelum dibenarkan
terbang ke mana-mana destinasi dunia. –Astroawani.com