Kuala Lumpur - Maklumat baharu berkaitan rekod radar dalam operasi mencari dan menyelamat penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS),
yang masuk hari kelima, mungkin membantu pakar serta pihak berkuasa
terbabit merungkai misteri yang menyelubungi kehilangan pesawat itu.
Petunjuk terbaharu itu bagaimanapun terus mencetus pelbagai teori ber-
hubung kehilangan pesawat Boeing 777-200ER yang dalam perjalanan
dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal Sabtu lepas.
Pihak berkuasa Malaysia kini bekerjasama dengan pakar penerbangan
antarabangsa meneliti kedua-dua rekod radar Jabatan Penerbangan Awam
Malaysia (DCA) dan militari berhubung laluan penerbangan MH370 sebelum
pesawat itu hilang.
Menteri Pertahanan merangkap Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia bekerjasama dengan Lembaga
Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat, Lembaga Penerbangan
Persekutuan Amerika Syarikat dan Syarikat Boeing dalam meneliti rekod kedua-
dua radar.
Beliau berkata radar DCA menunjukkan butiran bahawa terdapat pesawat yang
terbang di ruang udara negara.
Radar militari pula, selain memaparkan plot yang mewakili sesebuah pesawat,
turut merekod satu pergerakan yang kemudian hilang pada 2.15 pagi di kawasan
200 batu barat laut Pulau Pinang.
"Memandangkan terdapat perbezaan maklumat antara kedua-dua radar, kami
kini cuba menentukan sama ada penerbangan yang ditunjuk dalam radar ber-
kenaan ialah MH370," katanya.sumber: Berita Rtm