Putrajaya - Anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370
semalam diberi taklimat kira-kira tiga jam oleh Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM) berhubung operasi mencari dan menyelamat
(SAR) pesawat itu yang hilang sejak Sabtu lepas, di hotel The Everly.
Pihak media yang menghidu kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
APMM Datuk Ahmad Fuzi Ab Kahar mula berkumpul di lobi hotel itu kerana
tertanya-tanya kenapa taklimat diberikan hampir lewat malam bermula 11
malam, yang bukan kebiasaan sejak anggota keluarga penumpang di-
tempatkan di hotel itu.
Anggota keluarga yang menghadiri taklimat itu tidak bercakap kepada
media selepas taklimat itu.
Selamat Omar, seorang daripada anggota keluarga penumpang MH370
yang meninggalkan majlis taklimat itu lebih awal semasa ditanya pem-
berita berkata, taklimat itu lebih menjurus kepada perkembangan operasi
SAR.sumber: berita Rtm