Quirky China News-IMEJ menunjukkan tiga batang paku yang tertanam di kepala
lelaki warga emas di Haifeng, China.
HAIFENG, China - Seorang lelaki warga emas di sini masih selamat selepas
kepalanya ditembusi tiga batang paku sepanjang 10 sentimeter, lapor portal
berita Metro.co.uk kelmarin.
Pemeriksaan mesin X-ray mendapati semua paku itu dimasukkan ke dalam otak
dan kepala lelaki berkenaan menggunakan sebuah tukul tetapi dia sembuh
sepenuhnya selepas menjalani pembedahan.
GAMBAR imbasan X-ray menunjukkan tiga batang paku sepanjang 10cm yang
menembusi kepala mangsa.
Mangsa yang berusia 69 tahun itu dibenarkan pulang pada minggu Khamis
lalu setelah dirawat selama hampir tiga bulan di sebuah hospital di sini.
Lelaki itu mengaku dia mengetuk kepalanya dengan sebuah tukul untuk
memasukkan semua paku tersebut tetapi pihak hospital yakin dia menjadi
mangsa jenayah.Mangsa turut menghalang pihak hospital daripada membuat
laporan polis manakala belum ada tangkapan dibuat berhubung kes itu
setakat ini.