Lelaki mengaku salah tuduhan rogol kanak-kanak, dipenjara 5 tahun.
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Sesyen
di George Town selepasmengaku bersalah terhadap tuduhan merogol
seorang kanak-kanak pada 2009.Hakim Zulhasni Abdullah menjatuhkan
hukuman itu terhadap Mohd Hazri Abdul Ghafor 28, selepas mengambil
kira kepentingan awam dan pengakuan bersalah tertuduh.
Hazri yang bekerja sendiri, dituduh melakukan kesalahan itu pada Mac 2009
disebuah blok Flat Kampong Melayu, Air Itam. Dalam prosiding hari ini,
timbalan pendakwa raya S. Selvaranjini memohon mahkamah menjatuhkan
hukuman yang setimpal ke atas tertuduh sebagai pengajaran memandangkan
kesalahan yang dilakukan adalah serius.
Katanya walaupun perbuatan itu dikatakan dipersetujui mangsa tetapi usia
mangsa ketika itu baru 13 tahun dan dia masih tidak berfikiran matang.
Sementara itu peguam bela Hazri, Rosli Ismail memohon mahkamah
menimbangkan hukuman lebih ringan kerana pengakuan bersalah tertuduh
telah menjimatkan masa mahkamah.
Katanya Hazri yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau turut kesal dengan
perbuatannya dan mahu bertanggungjawab terhadap mangsa serta anak yang
kini berusia 3 tahun hasil daripada perbuatan itu.
“Mangsa dan tertuduh berkawan, perbuatan itu adalah atas kerelaan mangsa dan
tiada kekerasan fizikal terhadap mangsa. Pengakuan salah daripada tertuduh
telah mengelakkan mangsa daripada trauma,” katanya. Mahkamah juga
diberitahu bahawa mangsa kini menjalani program pemulihan di sebuah Sekolah
Tunas Bakti. Bernama