Sepang - Pasukan utama teknikal misi mencari dan menyelamat (SAR)
kini dipecahkan kepada tiga kumpulan membabitkan diplomatik aset dan
logistik serta teknilai kerana kawasan liputan semakin luas.
Mengumumkan demikian, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri
Hishammuddin Hussein berkata, kumpulan diplomatik diketuai diketuai
Kementerian Luar, ATM (aset/logistik) manakala Jabatan Penerbangan
Awam (DCA) mengetuai pasukan teknikal.
Malaysia akan menghantar dengan segera wakil tertinggi ke Beijing bagi
memberi taklimat dan maklumat terkini mengenai usaha mencari dan
menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 kepada keluarga
mangsa.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein,
berkata pasukan itu terdiri daripada wakil Jabatan Perdana Menteri, Wisma
Putra, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Penerbangan
Awam (DCA) dan MAS.
“Pasukan itu akan diketuai oleh Komander Operasi TUDM, Leftenan Jeneral
Datuk Seri Ackbal Abdul Samad dibantu Pengarah Perkhidmatan Trafik
Udara DCA dan beberapa juruterbang kanan pesawat Boeing 777,” katanya
pada sidang media harian mengenai Misi Mencari dan Menyelamat MH370
di Hotel Sama-Sama.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga berkata, semua penumpang dan
anak kapal pesawat MH370 masih disiasat tetapi mereka kekal sebagai
tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Berita Rtm