REUTERS sebuah kapal Tentera Laut India, INS Kesari, yang terlibat dalam
operasi mencari pesawat MH370 tiba di Pelabuhan Blair di Pulau Andaman
semalam.
NEW DELHI - Kerajaan India menolak laporan kononnya pesawat Penerbangan
Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu dihalakan ke negara itu untuk
tujuan seperti serangan terhadap Amerika Syarikat (AS) pada 11 September
2001.
Menteri Luar India, Salman Khurshid berkata, negara itu tidak menerima
sebarang petunjuk tentang serangan seumpama itu."Saya tak fikir kita pergi
sejauh itu. Namun agensi keselamatan akan mengkaji segala kemungkinan,"
katanya kepada saluran CNN-IBN.
Bagaimanapun, beliau menegaskan agensi-agensi keselamatan akan mengkaji
segala sudut, dan memberi jaminan India akan berusaha sedaya upaya
membantu operasi menyelamat."Kami akan beri mereka apa yang perlu
termasuk sokongan dari segi sumber tenaga, kapal dan kelengkapan."India
membekalkan bilangan terbesar kapal dan kami akan terus berbuat demikian
sedaya upaya kami," ujarnya.
India merupakan satu daripada beberapa negara yang diminta oleh Malaysia
untuk membantu dalam operasi mencari pesawat MAS yang hilang itu.Negara itu
terletak di koridor Utara, laluan kemungkinan dilalui pesawat MH370 tersebut
selepas ia hilang daripada radar pada 8 Mac lalu. - Kosmo