KUALA LUMPUR: Polis Di raja Malaysia (PDRM) menafikan sekeras-keras
nya dakwaan penyebaran gambar dan informasi dalam media sosial berhubung dakwaan terdapat pergerakan tentera Amerika Syarikat di Kota Bharu dan
Ipoh yang dikatakan mempunyai kaitan dengan misi mencari dan menyelamat
pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS).
Menerusi Facebook PDRM, gambar yang disebarkan dalam media sosial
Twitter itu merujuk kepada latihan bersama PDRM dan tentera Amerika
Syarikat yang telah diadakan di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh pada 2012.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai maklumat tidak
rasmi yang disiarkan di blog-blog atau mana-mana platform media.
PDRM ingin mengingatkan bahawa penyebaran maklumat tidak tepat adalah
satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengganggu gugat
ketenteraman awam.Berita astro awani