Pesawat MH370 – Gambar Malaysian Insider Sukarelawan Majlis Belia
Malaysia (MBM) merancang mengedarkan 500 kuntum bunga mawar setiap
hari di semua lapangan terbang Malaysia sebagai tanda sokongan kepada
keluarga kakitangan dan penumpang MH370.Naib presidennya, Low Eng Tack
berkata, simbolik pemberian mawar itu bagi menyatakan harapan dan ke-
bersamaan MBM berhubung insiden itu, lapor Sinar Harian.
“Ini adalah cara kita menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa serta
kakitangan yang terlibat.
“MBM juga berharap inisiatif dilakukan memberi perangsang serta semangat
kepada pasukan mencari dan menyelamat untuk meneruskan misi sehingga
pesawat ditemui,”katanya.Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen
“Youth pray for MH370” di Anjung Tinjau Balai Berlepas Lapangan Terbang
Kuala Lumpur.
Menurut Ahli Jawatan Kuasa Kerja MBM Mohammad Rizan Hassan, aktiviti
itu juga bertujuan menyeru seluruh rakyat Malaysia tidak menjadikan media