Betapa sukarnya untuk melupakan seseorang, mungkin kesedihan ini
selamanya akan menghantui diri.Kehidupan pasangan kekasih adakalanya
bahagia tapi tentu pula ada kesedihan dan kekecewaan.Bukan senang untuk
mengharungi kehidupan setelah si dia telah pergi ,banyak kenangan manis
dan pahit terus bermain di fikiran.
Mungkin tidak ada sesiapa yang menyedari hal tersebut,ketika seseorang
itu berharap ingin hidup bahagia bersama pasangannya,namun tidak semua
yang dirancang akan terjadi. Kita hanya mampu merancang tuhan yang
menentukanya. Sakit hati dan kekecewaan yang melampau akan menyebabkan
seseorang itu trauma dan tidak ingin pekara tersbut berulang lagi.
Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang dulunya pernah hidup berumah-
tangga, dengan harapan dia akan membina sebuah kebahagian, namun lain yang terjadi hanya ada kekecewaan yang terus mengundang dalam kehidupan.
Sehingga wanita ini tidak ingin lagi dengan kehidupan berumahtangga dan
dia memilih untuk berkahwin dengan anjing peliharaanya, kisah ini tak jauh
berbeza dengan nenek yang berkahwin dengan kambingnya atau yang
perempuan kahwin dengan perempuan dan sebaliknya.
Pesta perkawinan wanita bernama Amanda Rodgers berusia 47 tahun yang
berasal dari Kroasia ini, disaksikan tak lebih dari 200 tetamu jemputan, wanita
ini berkahwin dengan anjingnya kerana takut dikecewakan untuk kali keduanya.

Amanda memilih berkahwin dengan anjingnya kerana berpendapat anjing
tersebuat adalah jodohnya. Sebelum ini dia telah merasakan betapa peritnya
kehidupan berumahtangga dengan seorang lelaki dan perkahwinan itu tidak
bertahan lama
Dalam wawancara rancangan ITV untuk siaran This Morning, Amanda men-
ceritakan lebih lanjut tentang alasanya untuk berkahwin dengan anjingnya.
"Saya tahu kami ada jodoh. Saya jatuh cinta dengan anjing saya. Cinta saya
pada Sheba sangat kuat. Kami mempunyai hubungan yang kuat," katanya.
Dia mengatakan bahawa, kebahagiaannya bersama anjing peliharaan yang
diberi nama Sheba ini telah memikat hatinya hingga wanita ini jatuh cinta
dengan anjingtersebut.“Saya tidak boleh memikirkan apa-apa lagi, yang
saya perlukan adalah pasangan hidup,” kata Amanda.“dan Sheba telah
ada dalam hidup saya selama bertahun-tahun, itulah yang membuat saya
bahagia dan dia dapat menghibur saya ketika saya kesunyian,” jelasnya lagi.
”Saya tahu perkahwinan dengan Sheba itu tidak disahkan dalam hukum undang-
undang.. Tapi, itu adalah cara yang baik untuk membuktikan bahawa Sheba
untuk saya. Sheba tidak pernah kasar kepada saya dan dia selalu membuat
saya gembira,” kata Amanda.