Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim me-
nafikan kerajaan mengupah ‘Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP’ yang
muncul di KLIA untuk ‘membantu’ mencari pesawat MH370 yang
hilang dalam perjalanan ke Beijing.
“Tentang bomoh tadi, saya percaya tidak dibuat oleh Umno, oleh BN dan
tidak dibuat oleh mana-mana agensi kerajaan kerana cara perlakuan bomoh
Itu.
“Pertama, dibuat di tempat orang ramai. Dia pakai pakaian macam cerita
(P Ramlee, Laksamana) Do Re Mi.
“Jadi bayangkan, takkan kita nak buat macam itu,” katanya sewaktu men-
jawab soalan wartawan.
Beliau diminta mengulas gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim agar siasatan dilakukan untuk mengetahui siapa yang menjemput
bomoh tersebut. – Malaysiakini.com