Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar
serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi
pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat
pada pagi Ahad.
Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di
permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai
Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik
pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.Pegawai kanan Pentadbiran
Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di
kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.
Gambar serpihan oleh penumpang China yang dimuatnaik laman Weibo
“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan
mencari yang tiba di lokasi,” ujarnya di dalam satu laporan berita.
“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan
masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata
Li seperti yang dilaporkan oleh China News.“Ia juga masih belum jelas pada
ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,”
tambahnya.
Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar
serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi
pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat
pada pagi Ahad.
Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di
permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.Semalam,
pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di
kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan
sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih