Gambar di atas merupakan dokumen siasatan Jabatan Penerbangan
Awam dalam rampasan MH370.Garisan merah atas dan bawah merupakan
laluan yang dipercayai mungkin digunakan pihak yang merampas kapal
Berkenaan.
Jajaran itu selari dengan koridor yang menjadi tumpuan siasatan masa
kini seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak dalam sidang akhbar beliau tengah hari tadi.
Koridor Utara meliputi sempadan Thailand ke sempadan Kazakhstan dan
Turkmenistan manakala Koridor Selatan, merentasi Utara Indonesia hingga
Selatan Laut Hindi.
Pesawat MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing
kira-kira pukul 12.41 pagi Sabtu.
Ia dijadualkan tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama. Hari ini,
kerajaan Malaysia telah mengesahkan bahawa kapal berkenaan telah
dirampas oleh pihak yang belum lagi diketahui siapa.mynewshub