JAKARTA 11 Mac - Mahkamah Daerah Batam pada Isnin menjatuhi hukuman
mati terhadap dua rakyat Malaysia dan seorang rakyat Singapura kerana
mengedar 168,987 pil esktasi.utusan Rakyat Malaysia itu, Mohammad
Sollehudin Anuar dan Azmee Johari, serta rakyat Singapura Ong Beng Song
didakwa menyeludup masuk dadah itu dari Malaysia ke Indonesia melalui Batam.
"Defendan didapati bersalah menyeludup dadah. Mereka memberi penjelasan
rumit dan bercanggah serta menafikan memiliki dadah itu," kata Hakim Jack
Octavianus seperti dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris Jakarta Post pada
Selasa. Jack berkata ketika-tiga mereka dijatuhi hukuman mati memandangkan
jumlah dadah yang diseludup sangat besar dan jika diedarkan, banyak kehidupan yang akan musnah.-BERNAMA.