Jika sebelum ini beberapa artis dan selebriti terkenal mengecam Hanez Suraya
kerana kontroversinya bercinta dengan suamiorang.
Antara selebriti yang menunjukkan rasa tidak senang dengan perbuatan
Hanez Suraya adalah Rita Rudaini, RabeccaNur Islam, Hafiz Hamidun dan
Chef Wan.
Kali ini, giliran penyampai radio Sinar FM, Raja Azura atau lebih dikenali sebagai
Kak Engku terpanggil untuk memberi nasihatkepada pelakon Autumn
Di Hatiku itu.
Menurut Kak Engku, Hanez Suraya sepatutnya menghormati perasaan wanita
lain sementelahan lagi dia juga adalah seorang wanita.
“Pada saya, hormatilah hati wanita lain. Fikirlah, jika lelaki itu boleh berbuat
demikian pada isterinya, iaitu wanitayang telah bersusah payah melahirkan anak
untuknya, tak mustahil sekiranyadia boleh berbuat perkara samapada Hanez.
“Buka minda, pasti ada sebab mengapa rumah tangga mereka bermasalah?
Lagi pula Hanez pasti belum tahu apa sebenarnya masalah yang melanda pada
mereka berdua?,” jelas Kak Engku.
Tambah Kak Engku lagi, Hanez juga tidak sepatutnya mencampuri langsung
urusan rumahtangga mereka sebaliknya biarkan iaselesai terlebih dahulu
sebelum menjalinkan hubungan dan mencanangkan kepada semua.
“Apabila masalah dah selesai, tak salah kalau Hanez nak meneruskan
hubungannya dengan lelaki itu.
“Perjalanan hidup ini masih jauh. Fikir dahulu sebelum kita nak bercakap dan
jangan dengar daripada sebelahpihak saja,” katanya.-OH ARTIS