Gambar ini dirakamkan oleh wartawan TV9 diJohor, Zulhazri Abu Bakar sewaktu
menyertaioperasi bersama kaki tangan Jabatan Imigresen Johor. Majoriti
wartawan serta jurugambar terbabit membuat liputan kes jenayah selalunya
sudah amat lali melihat keadaan seperti gambar di atas.
Tatkala pusat urut diserbu oleh pihak berkuasa,sebilangan tukang urut wanita
kelam-kabut mencari seluar dalam dan coli sendiri. Tidakhairan jika seluar dalam
itu tersepit.Jika benar mereka hanya mengurutpelanggan,mengapakah perlu
berbogel?Jawabannya mudah.
Ramai tukang urut wanita warga asing menawarkan kaedah urutan badan ke
badan atau 'body to bodymassage'Maksudnya, mereka'mengurut' pelanggan lelaki menggunakan tubuh termasuk buah dada dan celah kelangkang.
Bayaran dikenakan mungkin sedikit tinggi tetapi telah dipersetujui sejak dari
awal oleh kedua belah pihak. Bayaran untuk mengurut tubuh pelanggan lelaki
barangkali tidak seberapa tetapi menjadi lebih lumayan andai pekhidmatan seks turut ditawarkan.
Sebelum ini, premis menawarkan perkhidmatan mengurut dibanjiri oleh gadis Indonesia namun kebelakangan ini, senario itu berubah. Gadis China dan
Vietnam mengambil alih tempat mereka.
Dibandingkan dengan gadis Indonesia, lazimnya, tukang urut berasal dari China
dan Vietnam tidak memahami bahasa Melayu dan majoriti mereka tidak memiliki
kemahiran mengurut.
Apapun kemahiran berkomunikasi dalam bahasa tempatan, bukan satu tuntutan
dalam kerjaya mereka. Asalkan kehendak pelanggan dipenuhi,tugas selesai dan
mereka menerima imbuhan. Hemat saya,mereka tidak berhasratuntuk menetap diMalaysia buat selamanya, sebaik simpanan mencukupi, mereka kembali ke
negara asal sambil tersenyum.sumber