SEPANG – Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein
menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS)
MH370 mendarat di pangkalan tentera Amerika Syarikat Diego Garcia di Lautan
Hindi.Sebelum ini pun tiada bukti sahih dan kukuh yang mengatakan bahawa
pesawat MH370 berkemungkinan mendarat atau ditembak jatuh oleh sebuah
pengkalan tentera Amerika Syarikat di Lautan Hindi itu.
Dalam satu temubual dengan Astroawani.com, mantan juruterbang
berpengalaman,Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata walaupun Lautan
Hindi adalah satu kawasan laut yang paling bergelora dan sunyi, terdapat
sebuah pulau terumbu karang yang bernama Diego Garcia.“Saya pernah
menguruskan satu penerbangan sewa ke Diego Garcia dan di pulau tersebut
terdapat terdapat satu pengkalan tentera Amerika Syarikat yang berada
di pulau tersebut.
Maknanya di sini adalah,terdapat juga kelengkapan radar yang mampu
mengesan kehadiran sebarang pesawat yang melalui kawasan tersebut,”
kata Nik Ahmad Huzlan.“Namun begitu, adalah tipis dan jauh sama sekali
untuk mengatakan bahawa pesawat MH370 itu ditembak jatuh kerana
Diego Garcia adalah sebuah pulau yang bukannya sensitif dan pangakalan
tentera yang ada di situ juga bukanlah ancaman kepada sesiapa pun.”.
Tambahnya lagi, “petunjuk” yang mendakwa pesawat tersebut mungkin
terbang menuju ke Lautan Hindi adalah apabila laporan dari radar Tentera
Malaysia yang menyatakan bahawa pesawat tersebut terbang di ketinggian
29,500 kaki di sekitar kawasan Pulau Perak pada jam 2.15 pagi Sabtu lalu.
“Itu merupakan titik terakhir pesawat tersebut yang dikesan sebelum hilang,”.
Melalui data yang diperoleh itu, maka pihak Lembaga Keselamatan
Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dan Pentadbiran Penerbangan
Persekutuan (FAA) telah menyalurkan maklumat dan sokongan tersebut
tersebut kepada Tentera Amerika Syarikat yang kemudiannya menggerakan
asset-aset ketenteraannya dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat
tersebut.
“Jika pihak Amerika Syarikat juga telah mendapati terdapat ‘indikasi’ bahawa
pesawat tersebut mungkin jatuh sekitar Lautan Hindi dan radar dari Diego
Garcia juga ada mengesannya, maka mereka akan memulakan fasa ‘kuning’
pencarian pesawat tersebut,” katanya lagi Beliau turut menegaskan seandainya
terdapat ‘alert’ atau tanda dimana pesawat yang tidak dikenali itu memasuki
ruang udara di sekitar Diego Garcia, berkemungkinan mereka tidak akan
menceritakan tentang perkara itu kepada sesiapa.
“Namun, sehingga setakat ini tiada tanda tersebut,”.Pentagon mendedahkan
bahawa ada “petunjuk” pesawat MH370 itu mungkin terhempas di Lautan
Hindi dan Amerika Syarikat sedang menggerakkan asset ketenteraan mereka
seperti kapal USS Kid ke kawasan tersebut untuk mencarinya.newshub