BUKAN sahaja penumpang, pakar penerbangan moden sendiri keliru dengan
misteri sebenar yang menimpa pesawat MH70 hingga ke saat ini setelah banyak
teori dan usaha masih menemui jalan buntu.
Namun di saat segala usaha digembleng untuk menyelesaikan kehilangan
pesawat MH370, insiden yang tidak patut berlaku menimpa kakitangan MAS
di Beijing, China.Waris dan keluarga penumpang yang sedih, letih dan keliru
dilihat menjadikan kakitangan MAS sebagai tempat untuk melepaskan tekanan.
Ketika sesi mesyuarat diadakan antara dengan pegawai kedutaan China
dan keluarga penumpang semalam, sekurang-kurangnya tiga botol air
mineral dilempar ke arah kakitangan MAS diikuti teriakan meminta pen-
jelasan sebenar.Ini adalah perlakuan yang amat tidak bertimbang rasa.
Bayangkan, jika kapal dan pesawat daripada sepuluh negara yang dikerah
menjalankan usaha mencari pun masih menemui jalan buntu hingga ke saat
ini, bagaimana mungkin jawapan jitu diberikan petugas MAS kepada sanak
saudara penumpang ini?
Bagaimanapun, ini adalah asam garam dalam dunia perhubungan awam dan
sudah tentu kakitangan MAS yang terlibat memahami keadaan ini.Diharapkan
mereka terus tabah memikul nama syarikat dan Malaysia bagi menyelesaikan
masalah yang secara tak langsung, turut melibatkan antara negara ini.
Keluarga penumpang MH370 di China diberikan penginapan dan makanan
percuma oleh MAS di Hotel Metropark Lido di samping membenarkan dua
anggota keluarga bagi setiap penumpang diterbangkan ke Kuala Lumpur pada
bila-bila masa jika perlu.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang dari radar jam
2.40 pagi Sabtu lalu hingga ke saat ini, membawa 239 penumpang dan anak
kapal dengan 153 daripadanya warga China.sumber