Satelit Tentera Laut India Rukmini atau GSAT-7 juga diaktifkan untuk merekodkan apa-apa petunjuk yang boleh membawa kepada penemuan
pesawat yang hilang itu, lapor Media India.
Operasi SAR memasuki hari kelima hari ini.Lebih 40 kapal dan 26
pesawat dari pelbagai negara menyertai operasi SAR selepas pesawat itu
hilang secara misteri daripada radar pada 8 Mac.
Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang termasuk lima warganegara India dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan
dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi
Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. - Bernama,
12 Mac, 2014.