MH370: Pasukan mencari dan menyelamat Filipina yang berada dalam
pesawat C-130 melakukan operasi mencari Malaysia Airlines Flight 370
di sekitar perairan barat negara tersebut semalam.
MH370 atau Malaysia Airlines Flight 370 / KUALA LUMPUR Syarikat
penerbangan MAS difahamkan telah mengeluarkan kod tango ber-hubung kehilangan pesawat MH370 selepas ia gagal dikesan radar
Pemantau.
Menurut sumber, kod tango digunakan apabila merujuk kepada insiden
yang melibatkan perbuatan sabotaj, termasuk rampasan pesawat.
“Syarikat itu memaklumkan kepada petugas di bilik operasinya bahawa
kehilangan pesawat MH370 diklasifikasikan dengan kod tango,” kata
sumber tersebut.
Setiap syarikat penerbangan difahamkan mempunyai kod berkenaan bagi
mengenal pasti ancaman terhadap penerbangan mereka yang difahami oleh
semua petugas di seluruh dunia.
Kod tango hanya digunakan dalam situasi cemas yang merujuk kepada per-
buatan sabotaj melibatkan penerbangan awam atau komersil.
Seorang pegawai perhubungan media MAS, ketika dihubungi semalam, meng-
akui pihaknya mengisytiharkan kod itu dalam kes kehilangan MH370, tetapi
menafikan ia merujuk pada rampasan pesawat Malaysia Airlines Flight 370.
Ya kami telah mengisytiharkan kod tango tetapi ia bukan bermaksud rampasan
(pesawat Malaysia Airlines Flight 370). Itu mesej untuk kami meningkatkan
lagi tahap keselamatan,” kata pegawai berkenaan.sumber: sinar harian