KUALA LUMPUR: Setelah hampir 48 jam sejak Sabtu, pihak berkuasa Malaysia
dan beberapa negara lain masih tidak dapat menemui pesawat MH370 yang
hilang.
Dalam sidang media pada 8.15 malam tadi, Ketua Pengarah Jabatan
Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan
operasi mencari dan menyelamat pesawat itu masih berjalan.
Katanya, kawasan operasi yang terlibat telah berkembang daripada 20 batu
nautika kepada 50 batu nautika.
Ia melibatkan sejumlah 34 pesawat dan 40 kapal daripada Vietnam, China,
Singapura, Indonesia, Thailand, Amerika Syarikat, Filipina, dan Australia.
“Mereka menjumpai objek (dekat pulau Tu Jo), tetapi ia bukan daripada
bahagian pesawat,” Azharuddin menjawab soalan wartawan.
Sebelum ini, beberapa media melaporkan bahawa pihak berkuasa Singapura
telah menjumpai objek yang mencurigakan 100km daripada pulau Tho Chu
di Vietnam.
Ditanya mengenai perkembangan siasatan keatas pasport curi yang didakwa
digunakan oleh penumpang, Azharuddin menegaskan fokus sekarang adalah tertumpu kepada operasi mencari dan menyelamat. sumber