PETALING JAYA – Jangan menggunakan masyarakat Uyghur sebagai
kambing hitam dalam kejadian pesawat MH370 yang hilang, kata seorang
aktivis hak asasi manusia Uyghur, Rabu.
Pengarah Projek Hak Asasi Manusia Uyghur, Alim Seytoff terpanggil
untuk menamatkan khabar angin itu dan sebaliknya meminta orang ramai
membiarkan kerajaan Malaysia menjalankan siasatannya tanpa sebarang
Gangguan.
“Pada masa berdepan tragedi yang besar seperti ini, adalah penting
untuk membiarkan kerajaan Malaysia melakukan siasatan dan men-
dedahkan sepenuhnya apa yang telah berlaku kepada pesawat Malaysia
kepada orang ramai,” katanya dalam e-mel kepada ‘The Star’.
Alim, yang juga Presiden Persatuan Uyghur Amerika berkata dalam masa
yang sama, adalah penting untuk berhenti daripada menjadikan rakyat Uyghur
sebagai mangsa tanpa bukti.
“Hentikan ‘mengkambinghitamkan’ rakyat Uyghur dengan khabar angin
dan teori konspirasi yang tidak berasas, dengan hanya berdasarkan spekulasi
pada masa ini,” katanya.
Spekulasi bahawa Uyghur, etnik minoriti di China dikaitkan dengan kejadian
itu telah bertiup kencang.
Sebuah kumpulan yang dikenali sebagai ‘Chinese Martyrs Brigade’
mendakwa menghantar surat mengaku bertanggungjawab terhadap
kejadian itu kepada wartawan Cina awal minggu ini. - mStar Online