Kuala Lumpur - Noh Salleh mengakui dia berkemungkinan akan berhenti
melibatkan diri dalam bidang nyanyian dan muzik.
Menurut Noh ini kerana isterinya, Mizz Nina yang kini sudahpun berhijab
telah memberikan bayangan supaya penyanyi itu memperlahankan karier
Muziknya.
Tambah Noh, dia bersyukur dan gembira apabila Nina mula menimba ilmu
agama Islam secara serius menerusi kelas-kelas agama yang disertai, malah
mengakui berasa segan kerana menganggap isterinya lebih banyak penge-
tahuan Islam berbanding dirinya sendiri.
Noh buat pertama kalinya selepas lapan tahun bersama dengan kumpulan
Hujan kini mengambil langkah baharu dengan muncul dengan album solo
Pula.
Noh bakal mengeluarkan empat buah lagu dahulu iaitu Angin Kencang,
Biar Seribu, Bunga Di Telinga dan Sang Penikam sebagai lagu single.