AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim
5 Kuala Linggi mengesahkan penemuan boya berbentuk sebuah bot di
perairan Port Dickson oleh sekumpulan nelayan bukan dari serpihan
MH 370 yang dilaporkan hilang Sabtu lalu selepas terputus hubungan
gagal dikesan menerusi radar.
Ketua Penguat Kuasa Maritim DM 5 Kuala Linggi, Kapten Abu Bakar
Idris berkata, kewujudan boya terbabit tanpa sebarang kesan petunjuk
lain disifatkan tidak logik dan hanya isu ingin diperbesarkan serta
Disensasikan.
“Tindakan kumpulan nelayan terbabit menggembar-gemburkan
penemuan bot pelampung berkenaan dibimbangi akan memberi
kesan besar ke atas operasi mencari dan menyelamat pesawat
MH370 terbabit.
“Sepatutnya kumpulan nelayan itu segera menarik bot pelampung
terbabit ke darat dan tidak bertindak melulu sehingga berlakunya
penyebaran gambar mengenai penemuan boya berkenaan,”
katanya di sini, sebentar tadi memetik laporan Harian Metro.
Beliau berkata, jika difikirkan secara munasabah situasi mungkin agak
pelik jika hanya bot pelampung sahaja ditemui tanpa sebarang objek
lain jika kemungkinan pesawat berkenaan melalui perairan selat Melaka.
Sehubungan itu, Abu Bakar menasihatkan mana-mana individu atau pihak
lain supaya berhati-hati atas sebarang penemuan mencurigakan di
perairan kerana ianya turut membabitkan sensitiviti keluarga mangsa.
“Pihak kami tidak akan bertanggung jawab sekiranya ada pihak cuba
mensasikan penemuan objek di perairan pantai berkenaan yang dikenal-
pasti sebagai boya dan bukannya objek didakwa dari pesawat yang hilang,”
katanya. – MYNEWSHUB.MY