Mike Seberger telah menemui imej ini dengan melayari imej-imej satelit di internet.
KUALA LUMPUR: Pengurus Teknologi Maklumat asal Amerika
Syarikat, Mike Seberger mendakwa telah dapat mengesan imej pesawat
MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang melalui penelitian
beliau terhadap gambar-gambar satelit beresolusi tinggi, lapor Daily Mirror,
semalam.
Sebagai salah seorang yang terkesan dengan kehilangan misteri penerbangan
MH370 itu, beliau cuba menjejaki kapal terbang yang hilang itu dengan
melayari internet.
Mike yakin telah berjaya mengesan kapal terbang yang hilang melalui
gambar satelit beresolusi tinggi yang diambil dari permukaan laut di lokasi
di mana kapal terbang itu dilaporkan hilang.
Imej yang dikesan itu menunjukkan sebuah objek berbentuk kapal terbang
terlindung oleh awan putih di satu lokasi di Teluk Siam, di kawasan Laut China
Selatan.
Sebanyak 42 buah kapal laut dan 39 kapal terbang daripada 12 buah negara
menyertai usaha mencari dan menyelamat kapal terbang boeing 777-200ER
yang hilang dengan 239 penumpang.
Setelah 5 hari, usaha mencari dan menyelamat belum lagi membuah hasil.
Jika apa yang dijumpai Mike adalah tepat, ia satu kejayaan awal dalam
Merungkai misteri yang menakjubkan pakar dunia penerbangan.
Mike Seberger, 47, berasal dari Chicago, Amerika Syarikat, mengesan objek
misteri ini setelah melayari laman sesawang Tomnod, satu laman sesawang
yang memuat naik imej-imej satelit yang diambil dari kawasan meliputi
keluasan 1,000 batu persegi pada hari kapal terbang MAS itu dilaporkan