PASIR PUTEH – Pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
Daerah Maritim 10 Tok Bali di sini menjadi tumpan media tempatan apabila
ia dijadikan satu daripada pusat mencari dan menyelamat (SAR) pesawat
Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang Sabtu lepas.
Tinjauan Bernama di jeti Maritim di sini hari ini mendapati petugas
media mula berkumpul di situ sejak 10 pagi untuk mendapatkan
laporan terkini perkembangan operasi SAR.
Beberapa aset milik Maritim bersiap sedia untuk digerakkan dalam
operasi SAR dan pada pukul 1.30 tengah hari kelihatan sebuah kapal
peronda milik APMM bergerak ke arah Laut China Selatan dipercayai
untuk operasi SAR.
Semalam Maritim menemui tompokan minyak di kawasan Laut China Selatan,
100 batu nautika dari pantai Tok Bali dan Ketua Pengarah APMM Laksamana
Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish berkata sampel minyak itu diambil oleh
Kapal KD Amanah pada 11 pagi semalam.
Sampel minyak itu dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya kerana di Kelantan
dan Terengganu tidak mempunyai kemudahan untuk menganalisis minyak ber-
kenaan.Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal,
hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira
sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA)
pada pukul 12.41 tengah malam Jumaat. Pesawat itu dijadual mendarat di
Beijing pada pukul 6.30 pagi.
Mohd Amdan berkata, tompokan minyak sepanjang dua kilometer itu ke-lihatan berlainan kerana warnanya kekuningan berbanding tompokan
tumpahan minyak kapal dagang yang biasa ditemui di mana-mana perairan.
Dalam tinjauan udara yang dilakukannya petang semalam di kawasan 70 hingga 100 batu nautika dari pantai di perairan Terengganu, Kelantan dan sempadan
Thailand dan Vietnam, tidak menemui apa-apa petunjuk berkaitan pesawat
MH370 yang hilang itu.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menghantar sampel
daripada tompokan minyak yang ditemui di kawasan Laut China Selatan,
100 batu nautika dari pantai Tok Bali dekat sini ke Jabatan Kimia
di Petaling Jaya untuk dianalisis.Ketua Pengarah Maritim, Laksamana
Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish berkata sampel itu yang diambil
oleh Kapal KD Amanah pukul 11 pagi tadi dihantar malam ini.
“Keputusan analisis sampel minyak itu dijangka dapat diketahui tengah
hari esok,” katanya dalam sidang media mengenai Misi Pencarian
Kehilangan Pesawat MAS, di Maritim, Pejabat Daerah Maritim
10 Tok Bali di sini malam ini.