MISI mencari dan merungkai misteri yang menyelubungi pesawat milik
Malaysia Airlines (MAS) MH370 kini masuk hari ke-10 dan kini operasi
mencari dan menyelamat (SAR) sudah memasuki fasa baru.Pencarian kini
dilakukan di dua koridor iaitu Koridor Utara dan Koridor Selatan selepas lokasi
terakhir pesawat MH370 dilihat jauh daripada lokasi asal iaitu di Laut China
Selatan.
Pelbagai teori diberikan berkaitan kehilangan pesawat itu dan ada juga yang
mengatakan bahawa ia telah pun mendarat tetapi persoalannya, di mana?
Difahamkanpesawat MH370 dari jenis Boeing 777-200ER memerlukan landasan
sekurang-kurangnya sepanjang 1.5km untuk berjaya mendarat dengan sempurna
sebelum kemungkinan disorokkan.
Pasukan berita dari stesen radio Amerika Syarikat WNYC yang membuat
penyelidikan menemui kira-kira 634 landasan di seluruh dunia dalam jangkauan
pesawat MH370 yang menepati kriteria itu dari Australia, Maldives hingga ke
Mongolia.
Landasan itu berada di 26 buah negara berbeza termasuk beberapa
lapanganterbang yang terpencil seperti Lapangan Terbang Gan (Maldives),
LapanganTerbang Dalanzagdad (Mongolia), Lapangan Terbang Yap
(Micronesia) dan Lapangan Terbang Miyazaki (Jepun).
Data itu diperolehi dari laman web simulator penerbangan yang menyediakan
koordinatlokasi kesemua landasan terbang di seluruh dunia. Laporan MNYC
itu bagaimanapun mengatakan jika pesawat MH370 mendarat di sebuah lokasi
yang bukan lapangan terbang,634 landasan berkenaan terkeluar dari segala
kemungkinan. Stesen radio itu turut memetik seorang bekas juruterbang Boeing
777-200 Roch Solan yang memaklumkan pesawat itu juga mampu didarat-
kan di atas sebuah lebuh raya.
“Jika terdapat kebakaran dalam pesawat, saya sentiasa bersedia untuk men-
daratkan ia dimana-mana pun… Ia turut boleh didaratkan di atas lebuh raya,”
katanya. Solan berkata,landasan yang diperlukan juga tidak semestinya yang
dilitupi tar tetapi landasan tanah merah juga sudah mencukupi.
Penulis sertakan sekali data dari laman web X-Plane berkenaan kesemua
634landasan itu yang diwakili dengan titik berwarna merah.Mynewshub