Polis telah menemui keluarga kru pesawat MAS hilang – Malaysia Airlines untuk mencari petunjuk berhubung kehilangan pesawat MH370
tersebut pada 8 Mac lalu.
“Polis sedang mencari apa-apa maklumat yang boleh membantu usaha
mencarinya. Ia adalah untuk membantu siasatan, bukan untuk mengambil
tindakan (terhadap ahli keluarga anak kapal MAS),” kata Menteri Dalam
Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ditanya sama ada ia bertujuan untuk mencari petunjuk tentang kemungkinan
berlaku sabotaj, beliau berkata ia merupakan salah satu perkara yang disiasat
oleh pihak polis.
“Ia adalah sebahagian daripada empat perkara yang dinyatakan oleh
Ketua Polis Negara,” katanya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang menyiasat
kemungkinan berlaku rampasan, sabotaj, masalah psikologi penumpang dan
kru dan masalah peribadi penumpang dan anak kapal.
Penyataan Ahmad Zahid itu dibuat selepas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
(CID) Datuk Hadi Ho Abdullah menafikan laporan Harian Metro yang
memetiknya sebagai berkata bahawa rumah penumpang dan anak kapal