Sungai Petani - Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing dalam
Op Cantas Khas di Jalan Ladang Kuala Muda Sungai Petani-Baling, awal
hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi, tiga penjenayah berusia lingkungan 25
hingga 30 tahun itu melepaskan tembakan ketika diminta menghentikan
kenderaan mereka oleh anggota polis.
Katanya kumpulan penjenayah itu melepaskan tembakan dan anggota ber-
kenaan terpaksa mempertahankan diri dengan membalas tembakan itu
menyebabkan tiga penjenayah itu terkena tembakan dan maut di tempat
kejadian.
Dalam kejadian itu seorang anggota Op Cantas Khas terkena tembakan.
Bagaimanapun anggota berkenaan terselamat kerana memakai baju kalis
peluru. Anggota berkenaan kini menerima rawatan di Hospital Sultan
Abdul Halim Sungai Petani.
Hasil siasatan mendapati kereta yang digunakan penjenayah itu iaitu jenis
Proton Perdana dicuri di Pulau Pinang dan menemui menemui parang,
sejumlah dadah dan sepucuk senjata api (pistol) dalam kenderaan Mayat
tiga penjenayah berkenaan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim.