Pelakon Puteri Sarah Liyana yang kini telah sah bergelar isteri kepada pelakon
dan pengarah muda Syamsul Yusof telahmembuat keputusan nekad untuk
mengundurkan diri daridunia lakonan dan mahu menumpukan penuh perhatian
kepada kerjaya barunya sebagai pegawai pemasaran di sebuah butik muslimah.
“Sebenarnya saya sudah undur diri dari dari dunia lakonan sejak tahun lepas lagi. Bukan lah sebab saya berkahwin. Tapi saya beralih karier. Saya seronok dengan
kerjaya saya sekarang. Selain uruskan butik, selepas ni saya akan mereka
beberapa rekaan design”, jelas Puteri Sarah.
Puteri Sarah juga meluahkan rasa syukur kerana majlis pernikahannya berjalan
lancar seperti yang dirancang biarpun keadaansuaminya agak lemah kerana
masih lagi mengalami demam denggi.
Pasangan ini juga memaklumkan bahawa mereka telah merancang untuk
menunaikan umrah dan berbulan madu pada bulan Ramadhan ini.
“Saya tak pernah pergi menunaikan umrah, jadi saya teringin nak ke sana. Kami
rancang nak pergi pada bulan Ramadhan ini, lebih afdal. Tapi tengok lah kalau
ada kelapangan dan kalau diizinkan kami pergi lebih awal, kami akan pergi
dalam masa terdekat ini”, katanya yang juga memberitahu belum memikirkan
soal cahaya mata.-oh.artis.com