Tulis Sinar Harian yang memetik laporan The Mirror, seorang ahli psikik,
Uri Geller diminta membantu pihak berkuasa dalam usaha mencari
pesawat MH370.“Menurutnya, seorang tokoh berpengaruh di Malaysia
telah meminta bantuannya untuk menggunakan kepakarannya untuk
mengesan pesawat terbabit.”
Kalau Raja Bomoh tersohor dengan tampar buaya, Uri Geller terkenal dengan
aksi membengkokkan sudu tanpa menggunakan tenaga fizikal.Uri mendakwa
dia menggunakan kaedah ‘penglihatan jarak jauh’ bagi mengenal pasti
kedudukan sebenar pesawat MH370.
“Saya mempunyai pandangan dan teori saya sendiri mengenai kehilangan
pesawat itu.“CIA percaya kaedah sebegini boleh membantu pihaknya untuk
menyelesaikan kes-kes yang rumit,” katanya kepada The Mirror.
Uri hanya berpendapat, juruterbang pesawat itu lemas akibat kebakaran
dalam pesawat.Kena tanya dia dan Raja Bomoh, takkan tak boleh bagi
koordinat di mana pesawat tu berada!!-sinar