SEREMBAN : Seramai 100 pegawai dan anggota bomba sudah bersiap
sedia di Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dan Langkawi bagi mem-
bantu pasukan mencari dan menyelamat Pesawat MH370 jenis Boeing
777-200 apabila diperlukan kelak..
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat - Datuk Wan
Mohd Nor Ibrahim, pasukannya sudah bersedia sekiranya dipanggil bagi
membantu malah, anggota yang terlatih akan dihantar bagi bertugas
dalam operasi tersebut.
"kita dalam keadaan standby dalam 100 oranhg ditempat-tempat ditempatkan,
pasukan penyelam dan tactical storm, pasukan unit pengesan dan unit udara ,
yang ni bertindak cepat kita bagi 100 orang , yang lain on standby" Datuk
Wan Mohd Nor Ibrahim. Ketua pengarah jabatan bomba dan penyelamat.
Ujar Datuk Wan Mohd, pasukan bomba dan penyelamat mempunyai ke-
anggotaan dan aset mencukupi sekiranya diperlukan dalam usaha mencari dan
menyelamat pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Pasukan tersebut kini ditempatkan di Kuantan manakala unit udara meng-
gunakan helikopter Agusta AW139 bersiap sedia di Pengkalan Udara di
Langkawi.
Beliau memberitahu demikian dalam sidang media selepas Majlis Pen-
yampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Perkhidmatan
Terpuji Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan di Seremban Dua.
Dalam majlis tersebut, seramai 56 orang menerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang dan 20 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji.