Tumpahan minyak sepanjang 20 kilometer kelihatan di antara perairan Malaysia
dan Vietnam petang tadi dipercayai menjadi petunjuk pertama dalam kes
kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dikatakan terhempas,
lapor The New York Times hari ini.
"Tumpahan minyak kira-kira sepanjang 20 kilometer dikesan oleh pesawat
AN26 tentera Vietnam ketika operasi mencari di mana ia dipercayai kesan
daripada punca kapal terbang itu terhempas.
"Kami sudah memaklumkan maklumat itu kepada Singapura serta Malaysia
kini operasi mencari masih lagi diteruskan," kata Pengarah Pentadbiran
Penerbangan Awam Lai Xuan Thanh sepertimana dipetik dalam laporan
berita tersebut.
40 kapal tentera laut terlibat dalam misi mencari dan menyelamat. Antaranya 1
3 dari APMM, 3 kapal dari China dan Singapura, 5 dari Indonesia dan 1 dari
tentera laut US (Amarika).
Berhubung penemuan tumpahan minyak petang semalam oleh Angkatan Tentera
Udara Vietnam.Vietnam mengerahkan dua kapal tentera laut dari Pulau Phu
Quoc, dua jet dan satu helikopter dari bandar Ho Chi Minh bagi mengesan
pesawat berkenaan.Tujuh lagi pesawat dan sembilan bot sedang dipersiapkan
untuk menyertai operasi mengesan.