KUALA KRAI - Pemandu kereta sewa daerah ini dan orang ramai yang
melalui jalan berhampiran Pasar Besar Kuala Krai gempar apabila men-
dakwa melihat objek seperti kertas bersaiz A4 yang berkilauan di langit
kira-kira jam 3.15 petang kelmarin.
Mereka mendakwa, objek berkenaan kelihatan seolah-olah seperti kertas
dalam jumlah yang banyak dibuang dari jarak tinggi dan tersusun jatuh.
Dakwa mereka lagi, objek berkenaan dapat dilihat dalam masa kurang satu
jam dan ramai pengguna yang memberhentikan kenderaan masing- masing
untuk melihatnya.
Ramai yang kagum melihatnya dan beranggapan kesemua itu berlaku atas
kehendak ALLAH SWT kerana manusia tidak dapat mencampak apa-apa
barangan daripada ketinggian seperti itu.
Salah seorang yang menyaksikan kejadian tersebut ialah Zalahuddin Ismail,
53.Pemandu kereta sewa itu menyaksikan sendiri kejadian itu berhampiran
stesen kereta sewa selepas dimaklumkan dua wanita yang dipercayai
mula-mula melihatnya.
Menurutnya, pemandu kereta sewa yang berada di stesen berkenaan sempat
melihat kejadian dianggap pelik itu kemudian diikuti pengguna jalan yang
memberhentikan kenderaan setelah dimaklumkan tentang perkara itu.
“Objek seperti ini tidak pernah dilihat sebelum ini dan gambar objek
tersebut sukar dirakam kerana kedudukan terlalu jauh.“Objek ini sesekali
kelihatan terlindung di sebalik awan, jatuh sebelum hilang dari pandangan,”
katanya ketika ditemui pagi semalam.
Zalahuddin berkata, walaupun hanya seketika dapat melihat objek tersebut,
dia yakin ia berlaku atas kekuasaan ALLAH SWT.Rakannya, Hasan Husin,
56, dari Bukit Sireh berkata, dia tidak pernah melihat kejadian seumpamanya
sebelum ini.
Dia yakin kejadian berlaku atas kehendak ALLAH SWT yang mahu
manusia sedar semua boleh berlaku dengan keizinan-Nya.Menurutnya, jalan
berhampiran stesen kereta sewa sesak seketika memandangkan orang ramai
memberhentikan kenderaan masing-masing untuk turut melihat kejadian
luar biasa itu.
Bagi Pengerusi Persatuan Kereta Zewa Kuala Krai, Mohd Yusoff atau lebih
dikenali sebagai Abang Pa berkata, seumur hidupnya ini adalah kali pertama
dia melihat objek seperti kertas berada di sekitar awan kemudian jatuh.
Menurutnya, objek berkenaan dapat dilihat dengan jelas dan adakalanya ter-
lindung di sebalik awan dan jatuh sehingga jumlahnya berkurangan dan hilang
dari pandangan kurang dari satu jam.