Menerusi video yang diterbitkan oleh MIG Online di atas, Nora Danish telah
tampil menjelaskan perkara sebenar tentang khabar angin yang mengatakan
beliau telah menyambut ulangtahun kelahiran beliau di sebuah kelab haram
baru baru ini.
“Saya tidak pernah berselindung malah, apa jua aktiviti termasuk sambutan hari
jadi saya yang ke-32 pada 7 Mac lalu juga, saya ada muat naik di laman sosial
Instagram saya”
“Gambar-gambar yang dimuat naik itu pun jelas menunjukkan saya menyambut
hari jadi di sebuah restoran sebab ada meja makan dan setiap meja makan juga
tertera kad nama para jemputan”
“Justeru itu, sekali lagi ingin saya tegaskan, ia bukan diraikan di kelab malam
haram seperti yang disebarkan di laman laman sosial,” jelas Nora Danish
Nora Danish juga berkata yang beliau sebagai pengunjung atau pelanggan
pastinyatidak tahu jika restoran dan kelab malam tersebut tidak mempunyai
lesen untuk beroperasi dan tiba tiba sahaja namanya dikaitkan dengan
perkara tersebut.Tidak mengapa Nora Danish, peminat pandai untuk menilai
sendiri ‘kan?-ROTI KAYA